BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 3 April 2013

"THE PLACE I WANT TO VISIT : PULAU SIPADAN, SABAH"




Keistimewaan Sabah adalah kepulauannya dan impian saya suatu hari nanti adalah dapat bercuti dan meluangkan masa di sana. Apatah  lagi, Negeri Sabah ini merupakan tanah kelahiran saya dan negeri asal saya. Insyaallah, tempat yang menjadi pilihan saya ialah PULAU SIPADAN !!



Pulau Sipadan sebuah pulau lautan yang berhampiran dengan Semporna yang berada di Pantai Timur,Sabah. Pulau ini merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia kesan dari batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai antara pilihan tempat untuk aktiviti menyelam skuba (scuba diving) yang terbaik di dunia.


   


Pulau ini mempunyai tarikannya tersendiri, alam bawah laut Sipadan menawarkan para penyelamnya pemandangan yang sangat indah dan di penuhi dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan dan sebagainnya. Warna- warna yang banyak dan bertukar ganti, birai , celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang unit akan dapat di saksikan oleh para penyelam yang menyelam di kepulauan ini.


Saya harap suatu hari nanti impian saya akan menjadi nyata.. Insyaallah